Pengenalan

icon 07 -

Pengauditan

icon 03 -

Setiausaha Syarikat

-

e-Invois

icon 02 -

Percukaian

icon 01 -

Perakaunan

ZAD

Pengalaman kami merangkumi setiap industri dan cabaran.

ZAD adalah dua buah syarikat yang diasaskan oleh usahawan dan pengasas Encik Masfahaizad Bin Pakir Mohamad. Bermula dengan Zad & Associates yang ditubuhkan pada tahun 1988 yang menumpukan dalam bidang perakaunan, cukai dan audit.

Pengurusan Syarikat & Kewangan
98%
Pengurusan Cukai
96%
Perundingan Perniagaan
95%
Kami Adalah Penyelesaian Perniagaan

Pasukan pakar kami akan membantu anda.

Sebuah firma yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dianggotai oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada ahli professional berdaftar dengan MIA, CTIM dan MACS.

Pada tahun 1996, syarikat telah mengorak langkah dengan menubuhkan Zad & Associates Sdn Bhd bagi mengkhususkan cabang perniagaan dalam bidang perakaunan dan percukaian perniagaan serta syarikat sendirian berhad.

Tahun 2006, kami mengorak langkah untuk beralih di sekitar MITC sehingga kini selaras dengan peningkatan penempatan jabatan kerajaan di sekitar MITC.

Manakala Zad Group Sdn Bhd ditubuhkan pada 2008 bagi perkhidmatan Setiausaha Syarikat, perundingan dan khidmat nasihat korporat untuk perniagaan dan syarikat Sendirian Berhad.

 

Zad Group Sdn Bhd

Zad Group Sdn Bhd (200801000448 / 801731-K) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Kesetiausahaan Syarikat yang komprehensif, termasuk khidmat nasihat serta pengurusan permohonan dan pendaftaran syarikat korporat di Malaysia.

Selain itu, kami turut menawarkan perkhidmatan pendaftaran bagi entiti perniagaan seperti Limited Liability Partnership (LLP). Di samping itu, kami juga menyediakan khidmat permohonan dan pendaftaran bagi pelbagai keperluan perniagaan, termasuk pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), permohonan taraf Bumiputera, pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), serta agensi-agensi berkaitan.

Dengan kepakaran dan pengalaman kami, kami komited untuk membantu syarikat mencapai kepatuhan perundangan dan memudahkan urusan pentadbiran korporat mereka.

Setiausaha Syarikat Bertauliah

Di Zad Group Sdn Bhd, kami komited dalam menyediakan perkhidmatan Kesetiausahaan Syarikat yang profesional dan berintegriti. Perkhidmatan kami dikendalikan oleh Setiausaha Syarikat bertauliah yang diiktiraf (Qualified Certified Company Secretaries), iaitu:

Hj Masfahaizad Bin Pakir Mohamad (MACS 01590)
Hjh Zaiwiyah Zainal (MACS 01561)

Sebagai Setiausaha Syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman, mereka memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan syarikat terhadap Akta Syarikat 2016 serta peraturan-peraturan berkaitan. Dengan kepakaran mereka, kami berusaha untuk memberikan penyelesaian yang efektif dan menyeluruh dalam urusan pentadbiran korporat, pematuhan statutori, dan tadbir urus syarikat.

Kami sentiasa bersedia untuk membantu syarikat anda berkembang dengan perkhidmatan kesetiausahaan yang profesional dan berlandaskan etika.

 

Zad & Associates Sdn Bhd

Zad & Associates Sdn Bhd (199601002723 / 375069-U) menawarkan perkhidmatan perakaunan yang menyeluruh, termasuk penyediaan perkhidmatan Simpankira serta penyediaan dan penyemakan Penyata Kewangan bagi pelbagai jenis entiti perniagaan.

Kami juga menyediakan khidmat pengiraan cukai pendapatan bagi individu, Lembaga Pengarah, perniagaan tunggal, perkongsian, LLP, dan syarikat, selaras dengan keperluan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Selain itu, kami turut menawarkan perkhidmatan berkaitan E-Invois bagi membantu syarikat dalam pematuhan kepada sistem percukaian digital yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa.

Dengan kepakaran profesional kami, kami bertekad untuk memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang tepat, cekap, dan mematuhi standard perakaunan serta percukaian yang ditetapkan.

Pakar Perakaunan dan Percukaian Bertauliah

Di Zad & Associates Sdn Bhd, kami menyediakan perkhidmatan perakaunan dan percukaian yang profesional serta berpandukan standard industri yang tertinggi. Pasukan kami terdiri daripada tenaga pakar yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang perakaunan serta percukaian, termasuk:

Muhammad Zulfaheem Bin Hj MasfahaizadCertified Practising Accountant (CPA) Australia
Sebagai seorang Akauntan Profesional Bertauliah, beliau memiliki kepakaran dalam penyediaan penyata kewangan, pengurusan perakaunan, dan pematuhan kewangan mengikut piawaian antarabangsa.

Hj Masfahaizad Bin MasfahaizadCertified Tax Accountant (CTIM) Malaysia
Sebagai Akauntan Cukai Bertauliah, beliau berpengalaman dalam pengiraan cukai, perancangan cukai strategik, serta memastikan pematuhan kepada peraturan percukaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Dengan kepakaran dan pengalaman yang luas, kami komited untuk memberikan penyelesaian kewangan dan percukaian yang menyeluruh, tepat, serta mematuhi keperluan perundangan yang berkaitan.

Testimoni

Apa kata mereka?

Ulasan pelanggan:

5.0
Based on 3 reviews
powered by Google
Shariza Sha'ari profile picture
Shariza Sha'ari
06:12 12 Feb 26
raja nazry profile picture
raja nazry
05:12 09 Jan 26
sofea zainal profile picture
sofea zainal
05:19 04 Sep 24

[reviews_rating theme=”badge tiny center fill” icon=”no” name=”no” vicinity=false limit=0 animate=”true”]

[reviews_rating summary=”no” theme=”bubble columns two center” limit=10 view=2 excerpt=90 interval=5 loop=yes ]