Pendaftaran Syarikat (ROC)
Orang yang Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (Disabitkan Kesalahan oleh Mahkamah)
Apakah sabitan kesalahan Mahkamah yang boleh menyebabkan seseorang hilang kelayakkan sebagai pengarah?
1. Disabitkan kesalahan berhubung dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan perbadanan; atau
2. Disabitkan kesalahan melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan; atau
3. Disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 213, 217, 218, 228 dan 539 Akta Syarikat 2016.
2. Disabitkan kesalahan melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan; atau
3. Disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 213, 217, 218, 228 dan 539 Akta Syarikat 2016.
Apakah sekatan ke atas seseorang yang telah disabitkan kesalahan? (Kesalahan seperti yang dinyatakan pada jawapan soalan no.1)
1. Tidak boleh menjadi seorang pengarah; dan
2. Tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan mana mana syarikat secara langsung atau tidak langsung
2. Tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan mana mana syarikat secara langsung atau tidak langsung
Saya seorang yang telah disabitkan kesalahan dan pada masa yang sama merupakan pengarah syarikat. Apakah tindakan yang perlu diambil? (Kesalahan seperti yang dinyatakan pada jawapan soalan no.1)
Anda perlu dengan serta merta:
1. Memaklumkan kepada lembaga pengarah dan setiausaha syarikat berkenaan kebankrapan anda;
2. Meletakkan jawatan sebagai pengarah dan meminta setiausaha syarikat mengemaskini perletakan jawatan anda menerusi serahsimpan Borang Seksyen 58 Notification Of Change In The Register Of Directors, Managers And Secretaries kepada SSM;
3. Memastikan bilangan pengarah dalam syarikat tidak kurang daripada 2 bagi syarikat awam atau tidak kurang dari 1 bagi syarikat persendirian selepas perletakkan jawatan. Sekiranya berlaku, pastikan pengarah baru dilantik sebelum perletakkan jawatan anda berkuatkuasa.

Bilakah seseorang yang telah disabitkan kesalahan di Mahkamah boleh bertindak sebagai pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat?
1. Selepas 5 (lima) tahun dari tarikh sabitan; atau
2. Jika dihukum penjara, selepas 5 (lima) tahun dari tarikh dibebaskan.
2. Jika dihukum penjara, selepas 5 (lima) tahun dari tarikh dibebaskan.
Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang telah disabitkan kesalahan di Mahkamah sekiranya ingin bertindak sebagai pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat sebelum tamat tempoh 5 (lima) tahun?
Memohon keizinan dari Mahkamah.
Apakah hukuman sekiranya seorang yang telah hilang kelayakan menjadi pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat?
Penjara 5 tahun atau RM 1,000,000 atau kedua-duanya.