Pendaftaran Syarikat (ROC)
Orang yang Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (Bankrap)
Apakah sekatan-sekatan sekiranya saya telah diisytiharkan bankrap?
1. Tidak boleh menjadi seorang pengarah; dan
2. Tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat secara langsung atau tidak langsung

Saya seorang yang bankrap dan pada masa yang sama merupakan pengarah syarikat. Apakah tindakan yang perlu diambil?
Anda perlu dengan serta merta:
1. Memaklumkan kepada lembaga pengarah dan setiausaha syarikat berkenaan kebankrapan anda;
2. Meletakkan jawatan sebagai pengarah dan meminta setiausaha syarikat mengemaskini perletakan jawatan anda menerusi serahsimpan Borang Seksyen 58 Notification Of Change In The Register Of Directors, Managers And Secretaries kepada SSM;
3. Memastikan bilangan pengarah dalam syarikat tidak kurang daripada 2 bagi syarikat awam atau tidak kurang dari 1 bagi syarikat persendirian selepas perletakkan jawatan anda.

Saya masih belum dilepaskan dari kebankrapan. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ingin menjadi pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat dalam tempoh kebankrapan?
Anda dikehendaki :
1. Memohon keizinan dari Pegawai Penerima; atau
2. Memohon keizinan dari Mahkamah

Apakah hukuman sekiranya seorang bankrap bertindak sebagai pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat?
Penjara 5 (lima) tahun atau denda RM 1,000,000.00 atau kedua-duanya.