Mesyuarat Agung Tahunan

Percukaian
Pendaftaran Syarikat (ROC)

Mesyuarat Agung Tahunan

Apakah peruntukan dan syarat bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan?
Mesyuarat Agung Tahunan adalah mesyuarat yang perlu diadakan oleh sesebuah syarikat menurut s340 Akta Syarikat 2016.

Sesebuah syarikat persendirian boleh memilih untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)
Adakah terdapat sebarang peruntukan yang memolehkan sesebuah syarikat memohon lanjutan masa bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan?
Ya, syarikat boleh memohon lanjutan masa kepada Pendaftar menurut s340(4) Akta Syarikat 2016.

Permohonan lanjutan masa boleh dibuat berdasarkan peruntukan di bawah s259(2) Akta Syarikat 2016.
Adakah terdapat sebarang penalti jika sesebuah syarikat awam gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan? ​

Menurut s340(5) Akta Syarikat 2016:-

Jika syarikat awam gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana anggota, mengarahkan supaya suatu mesyuarat agung dipanggil.

Menurut s340(6) Akta Syarikat 2016:-

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melangar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM20,000.00