Perakaunan
Pendaftaran Syarikat (ROC)

Insolvensi

Apakah tugas utama pelikuidasi?
​Tugas utama pelikuidasi adalah menggulungkan syarikat dengan mengagihkan aset kepada pihak pemiutang dan baki aset, jika ada, diagihkan kepada ahli syarikat.

Kuasa pengarah syarikat dihentikan dan segala urusan diambil alih oleh pelikuidasi sebaik sahaja tarikh penggulungan syarikat bermula.

Adalah tanggungjawab pelikuidasi untuk memastikan syarikat dibubarkan dengan sempurna.
Bilakan proses penggulungan syarikat secara sukarela bermula?
Menurut seksyen 255(6) AS 1965, tarikh penggulungan sukarela bermula :

pada tarikh akuan berkanun (Borang 65A diserah simpan dengan Pendaftar di mana seorang pelikuidasi sementara telah dilantik sebelum sebelum resolusi penggulungan sukarela diluluskan; atau
jika tiada pelikuidasi sementara dilantik, tarikh penggulungan nermula para tarikh resolusi penggulungan diluluskan. ​
Dalam keadaan apakah sesebuah syarikat itu boleh digulungkan oleh mahkamah?
Seksyen 218 A.S. 1965 menjelaskan keadaan di mana sesebuah syarikat boleh digulungkan oleh mahkamah. Antaranya ialah :

1. Syarikat telah melalui resolusi khas memutuskan supaya digulungkan oleh mahkamah.

2. Apabila syarikat tidak mampu membayar hutang.

3. Apabila pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat dengan kepentingan mereka sendiri lebih baik dari kepentingan ahli secara keseluruhan atau berlaku tidak adil kepada ahli-ahli lain.

4. Mahkamah berpendapat bahawa ia adil dan berekuiti supaya syarikat digulungkan.

5. Bilangan ahli dikurangkan kepada seorang (selain syarikat yang dimiliki sepenuhnya).

6. Syarikat tidak memulakan perniagaan dalam tempoh 1 tahun dari pemerbadanannya atau menggantungkan perniagaannya untuk sepanjang tahun.

7. Di mana telah dinyatakan di memorandum & artikel tempoh untuk tamat syarikat telah ditetapkan atau di mana kejadian yang ditetapkan telah berlaku.

8. Syarikat yang digunakan bagi maksud yang menyalahi undang – undang atau yang memudaratkan keselamatan Negara atau kepentingan awam.
Dalam proses penggulungan secara sukarela, adakah pelikuidasi perlu dilantik dari kalangan orang yang berkelayakan?
Menurut seksyen . 10(2) AS 1965 sesiapa juga boleh dilantik menjadi pelikuidasi bagi mengedalikan proses penggulungan secara sukarela tetapi pelantikan orang tersebut mesti mendapat kelulusan dari ahli syarikat atau majoriti pemiutang.

Walau bagaimanapun, sekiranya pelikuidasi sementara (provisional liquidator) dilantik, seksyen 255(6) AS 1965 memperuntukkan bahawa pelikuidasi tersebut mestilah seseorang yang berkelayakan (approved liquidator).
Sekiranya sesebuah syarikat yang digulungkan secara sukarela telah dibubarkan, adakah Pendaftar mengeluarkan sijil pembubaran?
Tiada peruntukan dalam Akta Syarikat yang menyatakan Pendaftar perlu mengeluarkan sijil tersebut. Menurut sek. 272(5) syarikat akan dibubarkan tiga bulan dari tarikh penyataan (B.69) diserahsimpan dengan Pendaftar. ​
Siapakah yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi bagi penggulungan oleh Mahkamah?
Hanya pelikuidasi yang berkelayakan atau Pegawai Penerima yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi. ​