Pendaftaran Perniagaan (ROB)
Perniagaan Atas Talian
Apakah kriteria perniagaan atas talian (online) yang perlu didaftarkan di SSM?
Setiap perniagaan sepenuh masa yang dijalankan oleh individu secara atas talian bagi tujuan mendapatkan keuntungan perlu berdaftar dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan perniagaan atas talian?
Caranya adalah sama seperti mendaftarkan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.
Panduan Pendaftaran Perniagaan :
https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Forms/PANDUAN-PENDAFTARAN-PERNIAGAAN-BARU.pdf
Panduan Pendaftaran Perniagaan :
https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Forms/PANDUAN-PENDAFTARAN-PERNIAGAAN-BARU.pdf
Apa yang akan berlaku sekiranya saya tidak mendaftarkan perniagaan atas talian dengan SSM?
Kegagalan mendaftarkan perniagaan boleh mengakibatkan seseorang individu didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya. Sesuatu perniagaan atas talian yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan undang-undang kerana perjalanan perniagaan itu sendiri adalah sesuatu yang tidak sah disisi undang-undang.
Apa kelebihan mendaftarkan perniagaan atas talian dengan SSM?
Kelebihan yang diperolehi adalah seperti berikut :
• Perniagaan tersebut telah menjadi sebuah entiti yang sah.
• Keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan adalah lebih tinggi.
• Membantu memudahkan pengguna membuat verifikasi maklumat perniagaan.
• Pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan.