Zad Group
Sertai Program Latihan Industri Kami

Kerja Berpasukan
Dedikasi
ZAD Group menyediakan peluang latihan industri yang menyeluruh untuk pelajar dan graduan baru yang ingin mengasah kemahiran dalam bidang perakaunan, percukaian, kewangan, dan perundingan profesional.
Program ini direka untuk memberi pendedahan praktikal kepada operasi sebenar dalam dunia korporat serta menyediakan asas yang kukuh untuk perkembangan kerjaya anda.
Peluang dan Manfaat
- Pendedahan Industri: Dapatkan pengalaman bekerja dalam persekitaran korporat sebenar.
- Bimbingan Profesional: Belajar secara langsung daripada pakar-pakar berpengalaman.
- Peningkatan Kemahiran: Asah kemahiran teknikal serta interpersonal yang sangat diperlukan dalam industri.
- Sijil Penyertaan: Terima sijil sebagai pengiktirafan atas penyertaan dalam program latihan.
- Peluang Penempatan: Calon yang berprestasi cemerlang berpeluang dipertimbangkan untuk penempatan jawatan kekal selepas tamat latihan.
Kriteria dan Kelayakan
Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Associates CPA (AUS)
- MACS
- Status Akademik: Pelajar aktif atau graduan baru dari program Diploma/Ijazah dalam bidang berkaitan.
- Minat dan Komitmen: Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang perakaunan, percukaian, kewangan atau perundingan.
- Kemahiran Asas: Mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan perisian berkaitan.
- Sikap Kerja: Bertanggungjawab, proaktif, dan mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran.
- Komunikasi: Mempunyai keupayaan komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Cara Memohon
Bagi calon yang berminat untuk menyertai program latihan industri ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:
- Hantar Resume & Surat Sokongan: Sertakan resume lengkap dan surat sokongan daripada institusi pengajian.
- Lampirkan Gambar Terkini: Sediakan satu keping gambar terkini bersama dokumen permohonan.
- Hantar Permohonan: Muat naik dokumen melalui borang permohonan dalam talian atau hantar ke alamat e-mel rasmi kami.
Alamat Ibu Pejabat
No. 9, Jalan TU41, Tasik Utama
75450 Ayer Keroh, Melaka,
Malaysia
E-mel
Telefon
+ 606 - 252 2222
Anda juga boleh mengisi borang dibawah:

